TERAJU UTAMA

UNIT KOKURIKULUM PPD KOTA BHARU

:: SELAMAT DATANG KE PORTAL INFORMASI UNIT KOKURIKULUM PPD KOTA BHARU ::

PERTANDINGAN ENERGY EFFICIENCY (KEMPEN PENJIMATAN TENAGA ELEKTRIK) SEKOLAH MENENGAH PERINGKAT KEBANGSAAN 2017

Suruhanjaya Tenaga dengan kerjasama Kementerian Pendidikan Malaysia akan menganjurkan Pertandingan "Energy Efficiency Challenge 2017" (Kempen penjimatan tenaga elektrik) yang menawarkan hadiah wang tunai sebanyak RM15,000.00 kepada johan pertandingan. Tarikh tutup penyertaan ialah pada 20 Mac 2017. Untuk sebarang pertanyan lanjut, guru-guru boleh menghubungi Urus Setia Pertandingan di talian 03-88888648 , 03-88708762 atau 03-88708694. Syarat-syarat dan maklumat lanjut pertandingan boleh dimuat turun di bawah.


MUAT TURUN MAKLUMAT PERTANDINGAN

PERTANDINGAN KUIZ PELABURAN PNB 1MALAYSIA 2017 (KATEGORI SEKOLAH MENENGAH)

PENYERTAAN terbuka kepada  murid Tingkatan 4 dan Tingkatan 5 disemua sekolah menengah dibawah pentadbiran Kementerian Pendidikan Malaysia. Setiap sekolah boleh menghantar maksimum 100 peserta dan minimumnya 50 peserta. Untuk menyertainya, pihak sekolah hanya perlu mengisi borang yang disertakan dan menghantarnya melalui faks kepada Urus Setia Pertandingan di PNB Kuala Lumpur: 03-20505760 selewat-lewatnya 28 Februari 2017.

PENGUMPULAN DATA KEAHLIAN MURID DALAM AKTIVITI KOKURIKULUM TAHUN 2017

Semua sekolah dipohon melengkapkan data keahlian murid dalam aktiviti kokurikulum secara soft copy dan menghantarnya ke Unit Kokurikulum, PPD Kota Bharu selewat-lewatnya pukul 12.00 tengah hari, 2 Mac 2017 ke pbbkelab@gmail.com


MUAT TURUN SURAT

MUAT TURUN TAPAK PENGISIAN DATA KEAHLIAN

TAKLIMAT PENGURUSAN DAN PELAKSANAAN AKTIVITI KOKURIKULUM SEKOLAH PERINGKAT PPD KOTA BHARU

Taklimat Pengurusan dan Pelaksanaan Aktiviti Kokurikulum Sekolah Peringkat PPD Kota Bharu akan diadakan  pada 20 Februari 2017, pukul 9.00 pagi hingga 1.00 tengah hari di Dewan SK Ismail Petra 2, Jalan Long  Yunus, Kota Bharu. SEMUA PENOLONG KANAN KOKURIKULUM SEKOLAH MENENGAH DAN RENDAH DIKEHENDAKI HADIR.

MUAT TURUN SURAT TAKLIMAT


PERTANDINGAN KEPENGGUNAAN SEMPENA HARI PENGGUNA MALAYSIA TAHUN 2017

Sempena sambutan Hari Pengguna Malaysia Tahun 2017, FOMCA dengan kerjasama Kementerian Pendidikan Malaysia dan KPDNKK akan menganjurkan sebanyak 12 kategori pertandingan yang terbuka penyertaannya kepada semua murid sekolah. Pihak sekolah dimohon memuat turun surat dan makluman dibawah:
MUAT TURUN SURAT
Lampiran 1
Lampiran 2

TAWARAN MENYERTAI PROGRAM FESTIVAL KESENIAN ANTARABANGSA (PEMBIAYAAN SENDIRI)

Kementerian Pendidikan Malaysia membuka tawaran kepada semua sekolah untuk menyertai program-program tersebut atas pembiayaan sendiri. Sekolah-sekolah diminta memuat turun surat dibawah untuk tindakan selanjutnya:

MUAT TURUN :

SURAT M/S 1
SURAT M/S 2
BORANG PENYERTAAN